Kerajaan Sarawak Luluskan Sebidang Tanah Bagi Pembesaran Kawasan Tanah Perkuburan Islam Semariang

KUCHING, 31 Mac: Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah meluluskan sebidang tanah untuk membesarkan kawasan tanah perkuburan Islam Semariang.

Menurut beliau, ia adalah kerana tanah perkuburan berkenaan semakin sesak dan juga untuk memastikan kawasan tersebut 
 mencukupi sehingga tahun 2050.

“Hari ini kita lihat kubur Semariang ini sudah sesak, jadi ini bermakna kita hendaklah melihat kebajikan kubur kita untuk masa depan dan saya telah luluskan satu bidang tanah di kawasan Semariang ini untuk besarkan (kawasan) kubur kita,” katanya

Tambah beliau, lokasi kawasan tersebut telah dikenalpasti dan proses mengambil alih tanah tersebut telah pun dilakukan, katanya semasa berucap dalam majlis perasmian Kompleks Raudhatul Sakinah Kuching bertempat di Tanah Perkuburan Semariang di sini.

Abang Johari turut menambah kerajaan Sarawak juga mahu menyeragamkan maklumat dan data tanah perkuburan Islam bagi memudahkan ahli keluarga mencari kubur ahli keluarga mereka. 

“Ini kerana kita hendakkan satu standard dimana data maklumat lokasi perkuburan waris senang untuk dicari,” kata beliau. 

Dalam majlis tersebut, Premier Sarawak telah menyempurnakan perasmian Kompleks Raudhatul Sakinah Kuching yang merupakan sebuah pusat sehenti bagi pengurusan jenazah yang dibangunkan oleh LAKMNS

Antara Kemudahan yang disediakan di kompleks itu merangkumi urusan memandikan, mengkafankan, serta menyembahyangkan jenazah.

Sarawakku 

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg merasmikan Kompleks Pusara Islam Semariang turut hadir bersama Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Datuk 
Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali , Datuk Abdul Rahman Junaidi .
Next Post Previous Post