Kemalangan berantai libatkan 9 kenderaan, seorang cedera

SANDAKAN-- Seorang lelaki cedera dalam kemalangan berantai melibatkan sembilan kenderaan di Jalan Utama Batu 30 di sini petang tadi. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu sekitar jam 4.31 petang dan mengerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan ke lokasi. 

"Komander Operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah lori 10 tan merempuh sebuah lori 1.5 tan. 

"Akibat kejadian itu, berlaku rempuhan sesama sendiri kenderaan di hadapan melibatkan tujuh kenderaan iaitu sebuah lori 3 tan, bas mini 29 penumpang, Perodua Myvi, Proton Saga FLX, Toyota Revo,Toyota Hilux dan Ford Ranger," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jelasnya, terdapat seorang mangsa lelaki iaitu pemandu lori 1.5 tan terlibat mengalami kecederaan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan jentera dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

Tambahnya, manakala mangsa lain tidak mengalami kecederaan. 

"Pasukan Bomba membuat pemeriksaan untuk memastikan tiada unsur bahaya lain di lokasi," ujarnya. 

Menurutnya lagi, operasi tamat pada jam 5.40 petang.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.