Mempengaruh wanita kerugian RM16,799, jadi mangsa sindiket penipuan atas talian

SIBU--Terpedaya dengan tawaran kerja dalam talian menerusi aplikasi Facebook, seorang pempengaruh media sosial wanita di sini, kerugian RM16,799 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan atas talian.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, mangsa berusia 28 tahun telah melayari laman facebook dan melihat iklan kerja kosong sebagai 'Live-host' yang menjanjikan komisen sebanyak RM1,000 sekiranya menjadi 'Live-host' minima 30 jam seminggu.

"Minat dengan tawaran tersebut, mangsa telah berhubung dengan satu akaun Facebook dan kemudiannya diminta untuk mendaftar maklumat peribadi serta dikenakan caj RM1 sebagai yuran
pendaftaran dalam satu aplikasi bagi mendapatkan kerja yang ditawarkan itu.

"Mangsa kemudiannya telah mengisi maklumat peribadi perbankannya serta kata laluan untuk membayar caj pendaftaran tersebut melalui aplikasi yang diberi namun aplikasi tersebut memberi mesej proses pembayaran tidak berjaya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,kemudian mangsa telah menerima mesej notifikasi bahawa terdapat transaksi pemindahan wang berlaku tanpa pengetahuannya.

"Mangsa merasakan dirinya diperdaya selepas mengetahui wang miliknya telah hilang lalu membuat laporan polis.

"Laporan berhubung kes ini dibuat mangsa pada Ahad lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu pada jam sekitar 10.40 pagi," ujarnya.

Zulkipli menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan.
Next Post Previous Post