Kakitangan JTS sesat ditemui selamat di hutan Makasing, Jalan Nanga Medamit

LIMBANG- Seorang pekerja Jabatan Tanah dan Survei (JTS) ditemui selamat selepas dilaporkan sesat ketika melakukan kerja menyukat tanah.

Beliau sempat memaklumkan kepada rakan-rakan setugas bahawa dirinya sesat melalui aplikasi WhatsApp di hutan Makasing, Jalan Nanga Medamit pada petang Isnin.

Pegawai Operasi Zon Tujuh Limbang Clarence D.Primus Tiandun berkata mangsa Aziz Julaihi , 43 kakitangan di JTS Sarikei ditugaskan sementara untuk kerja penyukatan tanah di Limbang ditemui selamat pada jam 7.30 malam selepas dilaporkan sesat selama empat jam.

Kata Clarence mangsa dijumpai oleh rakan setugas dan penduduk kampung yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selain anggota bomba dan polis.

“Mangsa dilaporkan hilang pada jam 3 petang dan laporan kehilangannya dibuat kira-kira jam 6 petang sebelum, ditemui sejam kemudian keadaan selamat didalam hutan berkenaan.

“ Kehilangan mangsa hanya disedari rakan-rakannya ketika hendak keluar hutan dan mangsa sempat memaklumkan yang dia sesat kepada rakan-rakannnya melalui aplikasi WhatApps,”katanya kepada Borneo Network hari ini.

Kata Clarence mangsa yang berjaya ditemui selamat kemudiannya di bawa keluar dari hutan terus ke Rumah Luta Makasing sebelum bertolak balik ke balai.

Foto kredit to Bomba Limbang
Next Post Previous Post