Jana tenaga lestari, Sarawak sedia bantu Indonesia - Abang Jo

Gambar dan teks Sarawakku Pejabat Premier Sarawak.

MALINAU (Kalimantan Utara): Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Openg berkata Sarawak bersedia berkongsi pengalaman dengan negara jiran dalam bidang penjanaan tenaga boleh diperbaharui untuk manfaat bersama dari segi kelestarian alam sekitar dan pembangunan ekonomi. 

Premier dan rombongan tiba di sini melalui bandar Tarakan di Kalimantan Utara pada tengah hari Selasa atas jemputan pengurusan PT KHN yang akan membangunkan stesen jana kuasa hidro terbesar di Indonesia di Sungai Mentarang terletak 35 kilometer dari Malinau. 

Turut menemani Datuk Patinggi Abang Hj Johari ialah Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Hazland Abang Hipni. 

Berbekalkan pengalaman membangunkan tiga stesen hidro sedia ada, Sarawak mempunyai keupayaan untuk membantu, ujar beliau dalam ucapan balas sempena Majlis Ramah Tamah antara rombongan dari Sarawak dan pemerintah Kabupaten Malinau di sini pada malam Selasa, kata Datuk Patinggi Abang Johari.

Gambar dan teks Sarawakku Pejabat Premier Sarawak.

Sarawak melalui Sarawak Energy Bhd merupakan rakan kongsi dalam projek tersebut yang akan menghasilkan 1,375 MW tenaga eletrik untuk zon industri di Kalimantan Utara. 

Pada Rabu Presiden Indonesia Presiden Joko Widodo akan melakukan upacara pecah tanah projek strategik tersebut yang dijangka menelan kos USD2.6 bilion.

Pembinaan akan dimulakan pada suku pertama 2024, dijangka siap pada pada akhir 2029 beroperasi penuh pada 2030.

Premier berkata sebagai sumber tenaga yang boleh terbesar di Malaysia, Sarawak sudah membekalkan tenaga eletrik ke Kalimantan Barat dan langkah seterusnya ialah penyaluran ke Sabah dan Brunei. 

Beliau yakin projek tersebut akan menarik lebih banyak pelaburan ke Kalimantan Utara sekali gus mempertingkatkan ekonomi wilayah tersebut yang beliau anggap sebagai mempunyai budaya yang agak sama dengan Sarawak. 

Kebanyakkan penduduk di lokasi projek tersebut adalah daripada keturunan Lun Dayeh dan Punan.


Next Post Previous Post