Baby Oyen tumpang dalam enjin kereta

SIBU-- Khidmat khas pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membantu mengeluarkan dua ekor anak kucing yang menumpang dalam enjin kereta.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 10.57 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Sibu Sentral ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi didapati terdapat dua ekor anak kucing dalam enjin kereta.

"Pihak Bomba menangkap anak Kucing tersebut menggunakan PPE yang lengkap sehingga anak kucing tersebut berjaya dikeluarkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setelah memastikan keadaan selamat, pasukan Bomba bertolak balik ke balai.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.