3 alami kecederaan, kereta dan 4WD bertembung di kawasan lampu isyarat
BINTULU: Tiga individu mengalami kecederaan selepas sebuah 4WD jenis Nissan Navara dan kereta model Proton Wira bertembung dekat lampu isyarat Jalan Airport Baru, Bintulu pagi tadi.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, sepasukan anggota bomba dari BBP Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak 19 kilometer dari balai sejurus menerima panggilan pada jam 8.12 pagi.
Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan berkenaan.
"Unit EMRS kemudiannya bertindak memberikan rawatan awal buat ketiga-tiga mangsa yang mana salah seorang daripada mangsa mengalami kecederaan terbuka pada bahagian kepala," ujarnya.
Kesemua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Bintulu bagi diberikan rawatan lanjut.
Pasukan bomba kemudiannya bertindak menjalankan kerja-kerja pembersihan atas jalan demi keselesaan pengguna jalan yang lain.
Gambar PGO Sarawak
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.