Dua juragan kapal ditahan bersama muatan minyak diesel bersubsidi dipercayai cuba seludup

MIRI--Juragan dua buah kapal ditahan bersama 630,000 liter minyal diesel dipercayai untuk diseludup di tebingan Sungai Baong, Miri pagi tadi (Khamis).

Kedua-dua jurgan bersama sebuah kapal minyak dan kapal tongkang ditahan semasa Ops Kontraban yang dilakukan anggota dari Cawangan Risik Pasukan Gerakan Am  Batalion 12 Miri bersama pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada jam 11.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan dilakukan  ketika kapal minyak tersebut sedang melakukan transaksi memindahkan minyak diesel bersubsidi yang disyaki di seludup dari sebuah kapal tongkang.

"Hasil siasatan mendapati  sejumlah minyak diesel didapati di simpan di dalam tangki kapal minyak dan kapal tongkang tersebut," ujarnya.

Beliau berkata, kedua-dua juragan kapal berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah atas pemilikan minyak diesel tersebut. 

Anggaran keseluruhan rampasan bernilai RM 7,709,400.

"Kedua-dua juragan kapal tersebut ditangkap dan kapal minyak, kapal tongkang serta kesemua minyak diesel dan lain-lain barangan dirampas untuk siasatan selanjutnya," Alexson berkata.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
Next Post Previous Post