11 individu terdiri operator judi online, pemain ditangkap di Matang

KUCHING--Seramai 11 individu yang terdiri daripada operator judi dan pemain ditangkap dalam operasi pihak polis di kawasan Matang yang diadakan selama tiga hari mulai 6 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, tangkapan dilakukan terhadap tujuh lelaki dan empat wanita.

"Sembilan mereka adalah warganegara tempatan dan dua lagi warganegara Indonesia.

"Pihak polis turut merampas sebanyak sembilan unit telefon bimbit pelbagai jenama, beberapa kepingan kertas yang tercatat angka-angka dan wang tunai sebanyak RM2,841 yang digunakan dalam aktiviti perjudian tidak sah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, sebanyak 10 kertas siasatan dibuka dan disiasatdi bawah Seksyen 4(1) (c) dan juga Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu judi atas talian dan loteri haram.
Next Post Previous Post