Tiga Menu Rahmah di Miri

MIRI-- Sebanyak 45 premis makanan di seluruh Sarawak menawarkan makanan Menu Rahmah, dengan tiga daripadanya di Miri.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Sarawak ( KPDN Sarawak ), Matthew Dominic Barin berkata, satu daripada tiga premis tersebut sedang dalam proses permohonan.

"Kita turut mengalu-alukan penyertaan daripada premis makanan tidak halal,"ujarnya ketika ditemui pada Khamis selepas merasmikan Menu Rahmah di Valley Cafe di Pujut 7.

Katanya, konsep Menu Rahmah adalah untuk berkongsi rezeki dengan golongan kurang berkemampuan menerusi penawaran makanan pada harga RM5.

"Menu ini merangkumi satu lauk daging/ikan, sayur dan nasi berserta segelas minum dan ditawarkan pada harga RM5," katanya.

Pengusaha makanan yang menyertai program Menu Rahmah diminta agar sentiasa mempastikan produk yang disediakan adalah berkualiti.

Kredit gambar Valley Cafe KPDNHEP-Miri
Next Post Previous Post