2,000 papan telur ayam licin dalam masa 3 jam di Miri

MIRI--Tidak sampai 3 jam, sebanyak 2,000 papan telur ayam Gred A ,B, C dan Omega habis dijual umpama 'pisang goreng' di Pusat membeli belah Parkson Jalan Bintang petang tadi (Khamis) bersempena program Sarawak FAMA Fest 2023 (SAFF 2023).

Program yang dilancarkan Timbalan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foon Hin itu, ternyata mendapat sambutan orang ramai yang dilihat sudah berbaris menunggu sejak jam 2.30 petang untuk membeli telur ayam yang dijual pada harga jauh lebih murah dari biasa itu.

Satu papan mengandungi 30 biji telur dan dijual mengikut gred masing-masing.

Telur ayam Gred A dijual pada harga RM 14.10 (sepapan) ; RM13.50 (sepapan /Gred B) , Gred C pada RM12.90 (sepapan) dan Telur ayam Omega RM15 sepapan.

Berbanding dengan telur-telur yang dijual di tempat lain sekitar RM19 sehingga RM23 mengikut gred, pengguna tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan bekalan telur yang dijual semasa program SAFF 2023 ini.

SAFF 2023 menghimpunkan 40 perniaga dari Sarawak dan Semenanjung.
Next Post Previous Post