Tersepit di celah jengkaut, Bomba selamatkan pemandu cedera dilibas kayu "selipar"

MIRI: Seorang lelaki berusia 43 tahun mengalami kecederaan pada bahagian paha selepas kayu yang digunakan sebagai pelapik melibas mangsa dalam insiden yang berlaku di belakang stesen minyak Petronas Jalan Riam Bypass Lopeng petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataan berkata, sepasukan anggota bomba dari BBP Lopeng bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 1.10 petang.

Katanya, tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati seorang lelaki dalam keadaan kesakitan berada di dalam jengkaut yang hampir tumbang. 

"Menurut saksi, jengkaut yang dikendalikan mangsa telah tergelincir menyebabkan kayu yang digunakan untuk berpijak melibas mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di celah paha mangsa," ujarnya.

Jengkaut yang dipandu mangsa kemudiannya ditarik keluar oleh rakan mangsa dengan menggunakan jengkaut lain.

"Setelah membuat pemeriksaan keadaan mangsa pihak bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan stretcher dan membawa mangsa ke tempat selamat," jelas beliau.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya.

Gambar PGO Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.