Tenaga bersih hab gas Miri bakal pikat pelabur

Gambar kredit Pejabat Premier Sarawak

MIRI— Miri akan dijadikan hab gas bagi menyediakan akses kepada bekalan gas yang berpatutan, boleh dipercayai dan tenaga bersih khususnya untuk kegunaan rakyat di utara Sarawak.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia adalah sebahagian daripada Pelan Hala Tuju Gas Sarawak.
“Projek pertama yang akan dilaksananakan untuk hab Miri ialah pembinaan loji turbin gas kitaran gabungan 400 mega watt bernilai RM2 bilion oleh Petroleum Sarawak Bhd (PETROS), syarikat minyak dan gas milik Kerajaan Negeri.
“Projek ini antaranya melibatkan pemasangan saluran paip gas dari Bintulu ke Miri. Apabila siap nanti, Miri mampu menjana kuasa mampu milik dan boleh dipercayai untuk kegunaan rakyat khususnya di utara seperti kawasan Limbang dan Lawas,” katanya semasa sidang media selepas lawatan ke Pelabuhan Miri, di sini semalam.

Gambar kredit Pejabat Premier Sarawak
Pada masa yang sama katanya, ia berupaya menarik lebih ramai pelabur untuk datang ke Miri dan ini sekaligus dapat memacu pembangunan di sini.
Terdahulu, Abang Johari mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Negeri kali kedua dengan tumpuan khusus kepada pembangunan di Bahagian Miri.
Beliau berkata dalam tinjauan keseluruhan pembangunan Miri, bandar raya itu akan dijadikan hab gas ketiga selain Bintulu dan Samalaju yang akhirnya akan menyaksikan saluran paip gas dilanjutkan ke Kuching.
“Hab gas ini akan memacu aktiviti ekonomi di Sarawak untuk mencapai status negeri maju 2030.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.