Rumah musnah terbakar, dua buah kenderaan terkena bahang api turut rosak


SAMARAHAN--Sebuah rumah jenis separuh kekal di Kampung Entingan musnah dalam kebakaran yang berlaku pada 11.56 malam tadi.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, sepasukan anggota dari BBP kota Samarahan bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan bagi menjalankan khidmat memadam kebakaran yang berlaku.
"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan sebuah rumah separuh kekal itu," jelas beliau.
Pasukan bomba kemudiannya memulakan kerja memadam kebakaran dengan menggunakan kaedah "offensive" serta "defensive".
Sebagai permulaan katanya, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula dan satu aliran 100 kaki 2 nozel yang mana sumber air diperoleh dari jentera serta pili bomba berdekatan.
Selepas bertungkus-lumus memadam kebakaran, api katanya berjawa dikawal pada jam 1.05 pagi.

Kebakaran yang berlaku ini ujarnya turut mengakibatkan dua buah kenderaan yang diletakkan di hadapan kediaman turut mengalami kerosakan 10 peratus akibat bahang panas.
"Kita turut difahamkan bahawa semasa kejadian, kesemua penghuninya tidak berada dalam rumah," ujarnya.
Beliau berkata, selesai menjalankan kerja-kerja overhaul dan setelah disahkan tiada lagi kebakaran berulang maka operasi ditamatkan pada jam 1.50 pagi.
Next Post Previous Post