Abang Jo mahu pandu kereta sendiri dari Long Lama ke Long Kevok

MIRI— Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan memandu sendiri kereta dari Long Lama ke Long Kevok, Baram selepas Hari Raya Aidilfitri.

Mengumumkan perkara itu di Miri hari ini, Abang Johari berkata, beliau mahu merasakan pengalaman menggunakan jalan yang sudah siap dinaik taraf baru-baru ini.
“Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah mempelawa saya untuk memandu dari Long Lama ke Long Kevok. Lepas hari rayalah..
“Sebelum ini saya biasa pergi ke Long Kevok kerana tugasan menjaga kebajikan kaum Penan, namun pada masa itu belum ada jalan raya,” katanya semasa sidang media selepas melawat Lembaga Pelabuhan Miri di sini hari ini.
Dalam sidang media yang sama, beliau berkata Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM238 juta untuk melaksanakan projek mendalamkan muara Sungai Baram.
“Kita akan menggunakan sungai-sungai di Shanghai China, Rotterdam Belanda, Adelaide Australia dan Kuala Belait di Brunei sebagai model untuk melaksanakan projek tersebut.
Apabila siap nanti, ia dapat memudahkan kapal-kapal melalui sungai itu selain pembinaan kemudahan termasuk gudang dan dermaga.
Kerajaan turut merancang membersihkan sungai tersebut bagi menjadikan Miri sebagai salah satu hab pelabuhan selain Bintulu,” katanya.
Next Post Previous Post