Oyen hilang dua hari selepas Valentine Day diselamatkan APM Miri

MIRI-- Dua hari Oyen tidak balik selepas keluar menyambut Valentine Day.
Kehilangan kucing itu selama dua hari akhirnya terungkai apabila ia ditemukan terperangkap di atas sebatang pokok mangga pada ketinggian hampir 8 meter.
APM Miri menerima panggilan kecemasan bagi operasi penyelamatan itu dari salah seorang pekerja gerai makan di Jalan Pos.

Menurut jurucakap APM Miri keberadaan Oyen di atas pokok mangga itu hanya disedari sekitar jam 5.23petang.
Pada awalnya, beberapa pekerja dan pemilik gerai makanan tersebut telah cuba memujuk haiwan tersebut untuk turun, namun gagal.
Oyen akhirnya berjaya diselamatkan anggota APM dan diserahkan kepada pemilik gerai makanan tersebut.
Tidak diketahui Oyen atau Abang Boy yang bersalah.
Next Post Previous Post