Samun bersenjata parang, tular visual perompak berkaki ayam lari lintang pukang dikejutkan sistem penggera

 


KUCHING— Tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang melarikan barang kemas dan wang tunai bernilai RM3,200 dalam kejadian samun di sebuah rumah di Taman Desa Paul, Jalan Penrissen, dekat sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dalam kejadian jam 2 pagi pengadu, lelaki berusia 50 yang tinggal bersama kawan lelaki dikatakan sedang tidur di tingkat atas sebelum dikejutkan dengan kehadiran suspek.
“Suspek mengarahkan kedua-dua mangsa untuk keluar dari bilik tidur dan terus mengikat tangan dan kaki mereka menggunakan wayar pengecas telefon.
Mereka turut meminta duit dan mengambil barangan di rumah. Suspek kemudian melarikan diri pada jam 4.40 pagi,” kata Zainal Abidin apabila dihubungi Borneo Network hari ini.
Kedua-dua mangsa bagaimanapun berjaya membuka sendiri ikatan di tangan.
Antara barang yang disamun ialah emas 916 (15 gram), wang tunai RM3,200, beg silang dan passport antarabangsa.
Siasatan mendapati suspek memotong lima batang jeriji tingkap bilik bawah dan keluar melalui tingkap yang sama.
Visual tiga lelaki bertopeng dipercayai saspek lari lintang pukang tular di media sosial hari ini.
Next Post Previous Post