Angin kencang di Kampung Buntal rosakkan siling rumah
![]() |
Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak |
KUCHING--Sebuah rumah di Kampung Buntal rosak akibat angin kencang pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 10.50 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi kejadian.
"Akibat kejadian jam 8 pagi itu rumah yang dihuni enam orang itu mengalami kerosakan pada siling rumah mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
![]() |
Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak |
Katanya, pihak Bomba memberi nasihat agar berpindah jika perlu sekiranya berlaku ribut semula dan memaklumkan kepada Ketua Kaum untuk tindakan yang perlu.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.