Asrama pekerja terbakar, 80 penghuni hilang tempat tinggal
![]() |
Gambar PGO Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak |
BINTULU: 80 pekerja warga Indonesia hilang tempat berteduh selepas sebuah blok asrama dua tingkat yang didiami mereka di Jalan Similajau-Batu Niah musnah terbakar pada jam 2.33 petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan,
sepasukan anggota BBP Samalaju bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung kejadian bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat serta memadam kebakaran.
"Pada masa sekarang, pasukan bomba sedang giat memadam kebakaran yang memusnahkan asrama pekerja dua tingkat jenis struktur kekal itu," ujarnya.
![]() |
Gambar PGO Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak |
Asrama tersebut secara amnya menempatkan sekitar seramai 80 orang pekerja kesemuanya warganegara Indonesia.
![]() |
Gambar PGO Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak |
Kebakaran bagaimanapun tidak tiada melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa kerana semua penghuninya berjaya lari menyelamatkan diri.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.