Jalan-jalan utama di Pusat Bandar Miri dilanda banjir kilat lagi
MIRI--Beberapa jalan utama di pusat bandar hari ini dilanda banjir kilat susulan kejadian hujan lebat yang turun sejak jam 1 petang tadi.
Antara laluan terjejas sepanjang Jalan Miri-Pujut, Jalan Bintang menuju Lapangan Terbang Miri.
Melalui beberapa kiriman klip video daripada warga net kepada Borneo Network, menunjukkan pengguna laluan dilihat memperlahankan kenderaan masing-masing meredah air bertakung di atas jalan raya.
Setakat ini, tiada laporan kemalangan jalan raya dilaporkan susulan kejadian banjir kilat di sekitar pusat bandar Miri.
Kejadian sama pernah berlaku awal bulan ini tadi menyebabkan beberapa jalan di dalam pusat bandar ini dinaiki air.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.