23 jam hilang, Daisy jadi hero jejak Rayyan

SEMATAN--Selepas kira-kira 23 jam hilang, kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang hilang di Kuari Batu Perigi, Jalan Kampung Perigi di sini, semalam, ditemukan selamat hari ini.

Mangsa Muhammad Rayyan Bujang Abdul Qayyum berjaya ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat(SAR) pagi tadi dalam radius dua kilometer dari Pusat Kawalan Bomba(PKB) dengan bantuan Unit K9 Bomba menggunakan anjing pengesan Daisy yang dikendalikan Dominic Bahong jam 1 tengah hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kanak-kanak itu dalam keadaan yang sihat, hanya terdapat calar-calar sedikit pada bahagian badan dan tiada luka yang parah.

"Mangsa telah diserahkan kepada pihak keluarga untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian semalam, kanak-kanak terbabit dilaporkan hilang di kuari Batu Perigi, Jalan Kampung Perigi.

Pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2.05 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu ke lokasi kejadian.

Mangsa dikhuatiri hilang sebaik disedari oleh ibu mangsa semasa sedang menunggu suami beliau pulang dari bekerja bertempat di pondok kuari Batu Perigi.

Semasa menunggu, mangsa kali terakhir dilihat oleh ibu mangsa sedang bermain di luar kawasan pondok belakang rumah kongsi kuari.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.