Kanak-kanak perempuan terperangkap dalam kereta hampir 30 minit diselamatkan

SIBU: Seorang lelaki berhadapan dengan detik cemas apabila mendapati anak perempuannya yang berusia 2 tahun terkunci dari dalam kereta miliknya di Taman Desa Kemuyang di sini pagi tadi.

Jurucakap Pasukan Alpha BBP Sungai Merah dalam kenyataannya hari berkata, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11.23 pagi.

Bagaimanapun dalam perjalanan ke kediaman pemanggil, Komander Operasi telah dihubungi Bilik Kawalan Bomba bahawa kanak-kanak berkenaan sudah berjaya dikeluarkan sendiri oleh ayahnya dengan memecahkan cermin bahagian belakang kereta.

"Sampai di kediaman keluarga berkenaan, pasukan EMRS telah menjalankan pemeriksaan ke atas kanak-kanak terbabit dan menasihatkan ibu bapa mangsa agar menghantar kanak-kanak itu ke klinik bagi menjalankan pemeriksaan lanjut," ujarnya.

Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, maka pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 11.51 pagi dan bertolak balik semula ke balai.
Gambar BBP Sibu
Next Post Previous Post