Lebih 20 keluarga Penan terjejas banjir

BELAGA— Lebih 20 keluarga Penan di Long Tanyit, Linau di sini terjejas akibat banjir berikutan limpahan Sungai Tanyit di kawasan Linau, sejak Isnin lalu.

Long Tanyit adalah penempatan Penan yang paling pedalaman di Daerah Belaga kawasan Linau dan mengambil masa 10 jam perjalanan guna kenderaan pacuan empat roda dari Miri.

Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang, Abun Sui Anyit berkata, banjir itu telah merosakkan tanaman dan rumah kebun mereka.

Tambahnya, beliau menerima gambar dan video daripada Ketua Kampung Mayau Imang menunjukkan keadaan banjir dan tanaman dan rumah kebun mereka yang dilanda banjir.

“Kita berharap pihak berwajib akan mengumpulkan maklumat kerosakan dan menghulur bantuan yang sewajarnya.

Kita dari KEADILAN Cabang Hulu Rajang akan membantu setakat yang mampu pada masa yang secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Diharap NADMA dapat membantu mereka dengan sewajarnya, kata Abun.
Next Post Previous Post