30 kubur dijarah Tomb Raider
BINTANGOR— Kira-kira 30 kubur di Sungai Selemas Meradong, Bintangor di sini diceroboh dan dirosakkan oleh individu tidak bertanggungjawab.
Tuai Rumah Lawai Sedao dari Sungai Sian, Meradong berkata, penduduk kampung difahamkan kejadian itu berlaku pada Isnin lalu.
“Sehubungan itu semalam kami telah ke kubur untuk melihat sendiri. Setakat ini, kira- kira 30 kubur diceroboh dan dirosakkan,” katanya ketika dihubungi Borneo Network hari ini.
Katanya, laporan polis akan dibuat selepas mengadakan mesyuarat bersama penduduk kampung yang lain.
Tambah Lawai, selain Sungai Sian, kubur tersebut telah digunakan penduduk dari Muara Bunut/Kejaie, Teluk Batu dan NG3.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.