Tanah runtuh di simpang Daleh Long Pelutan

MIRI-- Laluan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temenggong Datuk Oyong Lawai Jau di Long San Baram dan kawasan sekitar terputus susulan kejadian tanah runtuh pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Telang Usan Dennis Ngau menerusi satu hantaran di laman facebooknya awal pagi tadi, memaklumkan perjalanannya ke sekolah itu untuk menghadiri satu acara terhenti berikutan tanah runtuh berlaku yang menghalang laluan.

Ujarnya, kejadian tanah runtuh itu telah menghalang jalan di sekitar simpang Daleh Long Pelutan di Long Miri, Baram.

Beliau dan rombongan terpaksa berpatah balik ke Miri.

Sekolah tersebut terletak kira-kira 5 jam perjalanan dari Bandar Miri menggunakam jalan balak menerusi Long Lama.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.