Tiga hari azab disiksa cincin

BETONG: Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan selama tiga hari setelah cincin yang dipakai dijari manisnya tersekat sebelum memohon bantuan pihak Bomba Dan Penyelamat Betong untuk mengeluarkannya.

Jurucakap Balai Bomba Dan Penyelamat BBP Betong memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10 malam yang meminta bantuan membuka cincin tersekat dijari.

"Mangsa meminta pihak Bomba datang ke kediamannya di Pasar Lama Betong untuk memohon bantuan membuka cincin dijarinya.

"Dua anggota dikejarkan ke lokasi di rumah mangsa bagi memberi bantuan.

"Kami mengambil masa kira-kira 21 minit untuk mengeluarkan cincin tersebut menggunakan peralatan khas.

"Agak sukar untuk memotong cincin tersebut berikutan keadaan jarinya yang mengembang akibat cincin steel yang dipakainya.

"Dua cincin yang dipakai dijari manis dan kelingking mangsa terpaksa dipotong untuk mengeluarkan," katanya ketika ditanya berhubung Operasi yang dijalankan pada, Rabu.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.