Buaya lawat Waterfront Betong termakan pancing
Penduduk kampung yang ingin memulakan rutin harian dikejutkan oleh kelibat seekor buaya yang termakan pancing di Sungai Layar.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Betong menerima panggilan sekitar jam 8.20 pagi bergegas ke lokasi di Sungai Layar berdekatan Kampung Hilir Betong.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Betong Leftenan (PA) Desem Samuel memberitahu pihaknya menerima maklumat orang awam berhubung seekor buaya tersangkut pada mata kail.
"Bertindak atas laporan, sepasukan empat anggota APM Betong telah hadir kelokasi untuk membantu menangkap buaya tersebut.
"Buaya sepanjang 10 kaki tersebut dipercayai telah tersangkut pada mata kail yang di pasang oleh seseorang, namun tiada maklumat mengenainya," katanya.
Tambahnya buaya tersebut telah dibawa pulang dan akan diserahkan kepada pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan lanjut.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.