Seorang pekerja kapal warga Myanmar lemas, dua pekerja tempatan tercedera dilibas tali tongkang

Gambar PGO Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

KUCHING: Seorang pekerja warga Myanmar lemas manakala dua lagi pekerja warga tempatan mengalami kecederaan selepas ketiga-tiga mereka dilibas tali tongkang semasa sedang mengikat tali tongkang di Hock Seng Lee Wharf di Jalan Setia Raja awal pagi tadi.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, pihaknya menerima pangilan melalui sistem MERS 999 pada jam 9.10 pagi berhubung insiden terjatuh dari kapal tongkang lalu mengarahkan PKO Padungan segera ke lokasi.

"Maklumat awal katanya mengatakan pengurus syarikat tersebut menerima panggilan dari pekerja kapal memaklumkan ada kemalangan di atas kapal melibatkan tiga orang pekerja yang sedang mengikat tali tongkang," jelas beliau.

Tiba-tiba katanya, tali tersebut melibas ketiga-tiga mangsa hingga menyebabkan seorang pekerja warga Myanmar itu terjatuh ke dalam sungai sebelum hilang dibawa arus deras sungai.

Dua lagi pekerja warga tempatan yang turut mengalami kecederaan jelasnya tersadai di tebing sungai yang mana salah seorang dari mangsa mengalami patah kaki. 

Gambar PGO Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

Seorang warga tempatan mengalami kecederan ringan, 1x (LD) warga tempatan mengalami kecederaan patah kaki dan masih tersadai di tebing sungai dan 1x (LD) warga Myanmar dikhuatiri tenggelam di sungai. 


Next Post Previous Post