Kemalangan berantai empat kenderaan, dua lelaki alami kecederaan

Gambar PGO Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

KUCHING: Dua lelaki mengalami kecederaan dalam kemalangan berantai yang melibatkan empat buah kenderaan di kawasan lampu isyarat Batu 11, Jalan Kuching-Serian awal pagi tadi.

Maklumat awal yang diterima dari Pasukan Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak mengesahkan, dalam insiden yang berlaku sekitar jam 6.32 itu, dua individu yang menggunakan kereta model Perodua Viva mengalami kecederaan dalam kemalangan yang berlaku.

Gambar PGO Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

Katanya, sejurus menerima panggilan berhubung insiden, sepasukan anggota bomba dari BBP Siburan diserahkan ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa.

"Kedua mangsa yang mengalami kecederaan dan mengadu sakit dada kemudiannya diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak bagi diberikan rawatan lanjut," ujarnya.

Gambar PGO Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

Turut difahamkan bahawa pemandu dan penumpang tiga kenderaan lain yang menaiki Perodua Ativa, Toyota Fortuner dan Proton Waja tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pihak Bomba kemudiannya bertindak melakukan kerja-kerja flushing di kawasan kemalangan sebelum bertolak balik ke balai.


Next Post Previous Post