Wanita nyaris dipatuk ular tedung main "sorok sorok" dalam tandas

MIRI-- Seorang wanita berdepan detik cemas apabila mendapati seekor ular tedung hitam menyusup masuk ke dalam tandas rumahnya di Vista Perdana awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, pengadu baru hendak duduk menggunakan tandas apabila dikejutkan kehadiran reptilia itu di atas lantai.

Pengadu melompat ketakutan keluar daripada bilik tandas dan menelefon pihak Angkatan Pertahanan Awam Miri (APM).

Beliau bernasib baik tidak dipatuk ular yang berada dekat kakinya dalam kejadian itu.

Sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 5.55 pagi , 3 anggota APM Miri telah digerakkan ke lokasi untuk menangkap ular tersebut.

Operasi berlangsung sekitar 10 minit.

Ular tersebut berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas dan dilepaskan ke habitat asalnya.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.