Sarawak sasar tingkat eksport produk perabot RM6 bilion menjelang 2030

KUCHING--Sarawak menyasarkan mampu meningkatkan eksport produk perabot bernilai RM6 bilion menjelang tahun 2030, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, sasaran itu berdasarkan 75 peratus daripada jumlah eksport produk kayu yang disasarkan bernilai RM8 bilion. 

"Nilai eksport Sarawak untuk produk berasaskan kayu kini berjumlah RM3.1 bilion dan hanya RM44 juta atau kira-kira 1.5 peratus daripadanya adalah produk perabot.

"Ini adalah impian dan kita perlu meningkatkan tahap teknologi dan kreativiti modal insan kita. Jika negara lain boleh melakukannya, saya pasti pereka muda kita juga boleh melakukannya, kita mesti mempunyai perancangan yang baik untuk mencapainya objektif itu," katanya. 

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Minggu Reka Bentuk Sarawak 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini. 

Menjelas lanjut, katanya, Kerajaan Sarawak sedang merancang untuk membangunkan taman perabot yang akan dilengkapi kemudahan digital.

"Pendigitalan akan membolehkan pemain Industri Kecil dan Sederhana (PKS) memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan lagi nilai produk mereka.

"Melalui pendigitalan anda boleh mensimulasikan reka bentuk anda pada masa yang sama anda boleh mensimulasikan data tertentu yang diperlukan dalam menghasilkan reka bentuk," tambahnya.

Pada majlis itu, Abang Johari dan turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman antara SARADEC dan Kolej Teknologi Sarawak (UTS), Kolej Komuniti Miri, Persatuan Kayu Sarawak (STA) dan Persatuan Perabot Korea (KOFA).

Teks adalah terjemahan siaran media Sarawakku
Gambar team foto Sarawak Viral News
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.