Kes bunuh-empat ditahan termasuk seorang wanita warga asing

MIRI--Seorang wanita warga asing antara empat ditahan polis Miri susulan penemuan mayat seorang lelaki dengan kesan tusukan di badan pada malam Ahad (12 Feb).

Mayat mangsa ditemukan orang awam berlumuran darah di kawasan Jalan Lapangan Terbang Miri sekitar jam 7.25 malam semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, sejurus menerima panggilan mengenai penemuan itu, sepasukan Polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Miri (BSJD Miri) telah bergegas ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan di kawasan tersebut.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,"ujarnya.

Katanya, pihak polis telah dimaklumkan orang awam bahawa terdapat satu pergaduhan telah berlaku sebelum mayat mangsa ditemukan.

Kes diklasifikasi dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

"Pihak Polis ingin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes ini kerana ia akan mengganggu siasatan," Alexson berkata.

Individu yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan insiden ini diminta untuk tampil ke Balai Polis yang berdekatan untuk membantu siasatan atau menghubungi ASP Joyce Sagai di talian 085-433730 untuk menyalurkan maklumat berkaitan.


LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.