Pasangan cedera selepas dirempuh kereta dari belakang

MIRI--Seorang lelaki cedera pada dagu dan terseliuh kaki, manakala pembonceng wanitanya mengalami calar selepas motosikal yang dinaiki dirempuh sebuah kereta dari bahagian belakang di bulatan Telang Usan tengahari tadi.

Kedua-dua mangsa berusia 22 tahun itu telah dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Miri (APM) yang tiba di lokasi kejadian sekitar jam 1.24 petang tadi.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bergerak dari arah pusat bandar menuju ke arah Airport Miri.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.