Polis cari dua lelaki dikehendaki berhubung kes samun

KUCHING-- Pihak polis kini sedang memburu dua suspek lelaki yang terlibat dalam kes samun di daerah Kuching.

Kedua-dua suspek yang dikehendaki itu ialah Hamdzah Mohammad@ Hamzah Cina berusia 46 tahun beralamat di Taman Malihah, Jalan Matang dan Muhammad Rafizie Saharie@ Rafizi berusia 39 tahun beralamat di Kampung Tabuan Hilir.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kedua- dua individu itu dikehendaki untuk siasatan melibatkan kes di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

"Kita mengalu-alukan orang ramai untuk tampil memberi kerjasama jika mempunyai maklumat berkenaan kedua-dua individu ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohammad Zairi Jamaludin di talian 012-5210064 atau menghubungi balai polis berhampiran.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.