Pesawat MAS bawa 101 penumpang buat pendaratan cemas

MIRI-- Sebuah pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) membuat pendaratan cemas pagi tadi di Lapangan Terbang Miri.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 11 pagi.
Difahamkan, Pesawat MAS MH 2574 itu membawa 101 penumpang termasuk seorang bayi dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Miri.
Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Sri Lee Kim Shin ketika dihubungi baru sebentar tadi telah mengesahkan ada menerima laporan kejadian.
"Kita masih lagi menyiasat punca sebenar kejadian, namun menjelaskan kemungkinan kejadian berlaku disebabkan masalah pada bahagian sayap kapal terbang tersebut," ujarnya ringkas.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.