Jangan 'copy' bisnes orang, jadi kreatif untuk berjaya-Usahawan belia

MIRI--Usahawan muda seharusnya bijak dan kreatif memanfaatkan penggunaan teknologi masa kini untuk memasarkan produk mereka.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Sri Lee Kim Shin 李景胜 dengan kreativiti , beliau yakin mereka dapat menarik lebih ramai pelanggan malah menjadi ikutan dan bukannya 'follower' perniagaan orang lain.

"Sebagai usahawan kreatif, anda seharusnya membuat trend dan bukannya pengikut dengan menjual produk yang sama dengan perniagaan orang lain, anda harus berpikir di luar kotak," ujarnya pada Sabtu semasa pelancaran mini karnival usahawan SEDC-Sara-Bif di Miri.

Tambahnya, selainemjadi lebih kreatif, usahawan juga harus memingkatkan mutu produk jualan mereka ini termasuklah dari segi pembungkusan.

"Trend masa kini, orang suka pada benda cantik, sama juga apabila kita memasarkan produk jualan, pembungkusan harus cantik untuk 'menangkap' perhatian pelanggan," jelasnya.

Dalam pada itu, Lee turut menyeru SEDC agar membuat lebih banyak kursus usahawan 'startup' di Daerah Miri bagi membantu golongan belia yang berminat dalam bidang perniagaan.

Katanya, semasa bazaar Tahun Baru Cina baru -baru ini di Miri, beliau melihat ramai usahawan terdiri daripada golongan belia yang terlibat dalam acara itu.

"Saya dipahamkan, lebih 70 peratus perniaga yang mengambil bahagian pada bazaar Tahun Baru Cina tersebut adalah golongan belia," jelasnya.

Turut hadir pengurus besar SEDC Datu Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir.
Next Post Previous Post