Lori treler terbakar, pemandu sempat keluar menyelamatkan diri

Gambar PGO Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

TATAU: Sebuah lori treler musnah terbakar dalam insiden yang berlaku di kawasan Simpang Kilang Semanuk, Jalan Bintulu-Tatau awal pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, sepasukan anggota BBP Tatau digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 6.38 pagi.
"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan bahagian tayar belakang lori terbabit dan turut merebak ke bahagian atas lori," ujarnya.

Gambar PGO Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

Pasukan bomba kemudiannya menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula, dari tangki jentera sehingga kebakaran terkawal pada jam 7.20 pagi.
Setelah selesai memadam kebakaran, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan serta pemantuan bagi memastikan tiada berlaku kebakaran berulang.
Maklumat awal mengesahkan lori treler terbabit terbakar 50 peratus dan mujurlah ianya tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa.
Setelah api berjaya dipadamkan, pasukan bomba bertolak semula balik ke balai pada jam 7.32 pagi.

Next Post Previous Post