Pencuri kereta bersenjata tajam cedera ketika ditangkap

KUCHING-- Seorang lelaki yang mempunyai tujuh rekod jenayah dan dadah diberkas selepas mencuri sebuah kereta di Jalan Tun Razak di sini. 

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah yang mengesahkan tangkapan itu berkata, suspek ditangkap sekitar jam 10.45 pagi di lokasi kejadian. 

"Pihak polis mengesahkan menerima satu laporan polis yang berlaku pada 21 Februari 2023 jam 10.45 pagi berkaitan satu kejadian tangkapan melibatkan suspek kes curi kenderaan bertempat di hadapan Jalan Tun Razak. 

"Suspek warga tempatan yang bersenjata tajam telah cedera semasa usaha menangkap," katanya menerusi kenyataan media hari ini. 

Jelas Ahsmon, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah dan dadah. 

Berhubung kejadian itu, tegasnya, dua kertas siasatan telah dibuka yang disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan (curi kenderaan) 

Katanya, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari tujuh tahun. 

"Siasatan turut dibuat diatas kecederaan suspek yang ditangkap," ujarnya. 

Sehubungan itu, beliau menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes masih dalam siasatan polis.
Next Post Previous Post