Pekerja KFC ditemui mati lemas

Gambar BBP Bintulu

BINTULU: Seorang lelaki dikhuatiri lemas dibawa arus deras Sungai Sibiew sejak awal pagi Sabtu ditemui mati lemas pada jarak 100 meter dari jarak Pos Kawalan Bomba (PKB) petang tadi.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad, mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat dalam keadaan menelungkup di tengah sungai sebelum ditarik ke atas perahu pada jam 5.11 petang.
"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke jeti Sungai Sebiew dan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut," jelas beliau.

Gambar BBP Bintulu
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat.
"Dengan penemuan mayat mangsa sekaligus menamatkan usaha SAR yang memasuki hari ke-2 hari ini," tambahnya.
Kali terakhir ahli keluarga melihat mangsa pada jam 2 petang Sabtu semasa hendak keluar bekerja ke KFC Paragon.
Menurut beliau, hasil penelitian melalui kamera CCTV kedai berhampiran pada jam 4 pagi, mereka ternampak kelibat mangsa melintas jeti tersebut menggunakan pakaian merah dan seluar hitam.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.