PBSM Miri santuni keluarga susah di Sealine

MIRI-- Kedaifan dua keluarga di Sealine Senadin Jaya dekat sini mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.
Hari ini, Jawatankuasa Kecil Komuniti, Kesihatan dan Kebajikan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Miri menyantuni keluarga tersebut.
Pengerusi jawatankuasa itu, Dr Uma Devi yang mengetuai lawatan itu berkata, selain menyampaikan bantuan program itu bertujuan meningkatkan kesedaran penjagaan kebersihan, bahaya penggunaa plastik dan pengambilan makanan sihat.
Semasa lawatan, jawatankuasa menyampaikan bantuan makanan seperti beras dan telur.
"Selain itu, kami menyampaikan bekas penyimpanan makanan keluli tahan karat sumbangan orang awam.

Kita akan meneruskan program seumpama ini pada masa akan datang," katanya.
Beliau berharap lebih ramai sukarelawan tampil untuk menjayakan program komuniti seumpama ini.

Lawatan turut disertai wakil dari Majlis Bandaraya Miri, Roslan Ali. Beliau memberikan taklimat berkaitan perkhidmatan yang disediakan dalam menyelesaikan masalah berkaitan. 

Next Post Previous Post