Miri sentiasa di hati - Abang Jo


MIRI -- Bagi tempoh lima tahun, sejak 2017, Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) telah meluluskan geran berjumlah RM34.1 juta untuk 234 projek di Bahagian Miri.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, RM9.7 juta lagi adalah untuk 11 "Projek Rakyat", menjadikan jumlah keseluruhan RM43.8 juta untuk kesemua 245 projek.
Beliau berkata, seperti bandar-bandar lain di Sarawak, Miri, mendapat banyak manfaat di bawah dasar menyeluruh yang dilakukan kerajaan Negeri melalui UNIFOR.
"Fokus kita adalah untuk memenuhi keperluan rakyat Sarawak, dan orang-orang di Miri adalah amat dekat di hati saya," ujarnya pada Sabtu pada majlis rumah terbuka sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Miri.
Beliau memberi contoh di bawah Strategi Pembangunan Pasca Covid -19 2030 (PCDS 2030), salah satu tonggaknya ialah keterangkuman sosial yang mana ia direka untuk membantu rakyat.
Teks ucapan Abang Johari dibaca oleh timbalannya Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Antara projek yang tersenarai di dalam PCDS 2030 adalah mendalamkan laluan kapal-kapal ke pelabuhan Miri.

Turut hadir di rumah terbuka Tahun Baru Cina FCA ialah Turut hadir Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat I (Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak) Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan I (Kesihatan Awam dan Perumahan) Datuk Dr Penguang Manggil, Konsulat Jeneral China di Kuching yang diwakili oleh Timbalan Konsulat China, Song Chang Hon , Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang dan presiden FCA Datuk David Goh.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.