Lelaki patah dua belah kaki, van dipandu berlanggar lori dan pacuan empat roda.

SIBU: Seorang lelaki berusia 28 tahun yang bekerja sebagai penghantar barang mengalami kecederaan parah patah kaki kanan dan kiri selepas van yang dipandunya berlanggar dengan sebuah lori dan pacuan empat roda (4WD) di kawasan Batu 8 berhampiran Institut Memandu Ngu Chun Beng awal pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, sepasukan anggota BBP Sibu Sentral bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kemalangan pada jam 8.55 pagi.

"Sampai di lokasi, Komander Operasi bertindak membuat size up dan mengarahkan anggotanya bagi mengeluarkan mangsa tersepit pada bahagian kerusi duduk pemandu dengan menggunakan peralatan memotong khas," ujarnya.

Katanya, setelah mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan, Pasukan Bomba menyerahkan mangsa kepada pihak hospital untuk tindakan seterusnya. Setelah selesai, Pasukan Bomba bertolak balik ke balai.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post