Angka korban dan kemusnahan gempa bumi Turki, Syria cecah 2,000 orang.

TURKI -- Sekurang-kurangnya 1,014 kematian telah dilaporkan di Turki, manakala 783 orang meninggal dunia di Syria.

Jumlah kematian mungkin akan terus meningkat.

Al Jazeera dalam satu kemaskini pada pukul 10 malam waktu Malaysia melaporkan mangsa gempa bumi 7.8 pada skala richter yang melanda wilayah tenggara Turki di sepanjang sempadan dengan Syria terus meningkat. 

Gempa bumi pada pagi Isnin pada 4:17 pagi (01:17 GMT) berpusat di daerah Pazarcik di Wilayah Kahramanmaras.

Menurut Perkhidmatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu berlaku pada kedalaman kira-kira 17.9km (11 batu). 

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD) meletakkan magnitud gempa pada 7.4 berhampiran bandar Kahramanmaras dan Gaziantep. 

Berpuluh-puluh gegaran susulan direkodkan berikutan gempa itu dengan pegawai menggesa orang ramai supaya tidak memasuki bangunan yang rosak kerana risiko runtuhan. 

Dalam satu kenyataan yang dibawa oleh Agensi Anadolu, AFAD menamakan wilayah yang terjejas setakat ini adalah Kahramanmaras, Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis. 

Beribu-ribu orang dilaporkan terjejas merentasi sempadan di wilayah Syria Aleppo, Idlib, Hama, dan Latakia.

Gambar tempat kejadian yang membuat mangsa menyangka dunia sedang kiamat itu membanjiri media sosial sepanjang hari ini.

Gambar kredit kepada pemilik.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.