Usia lebih 60 tahun masih ketagih dadah, warga emas antara 25 ditangkap

KUCHING-- Warga emas antara 25 individu ditangkap kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di lapan lokasi sekitar bandar raya ini. 

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, suspek terdiri daripada 23 lelaki dan dua wanita berusia antara 20 hingga 66 tahun.

"Kesemua suspek ditahan menerusi serbuan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching. 

"Antara lokasi tangkapan, Semariang Temenggong Haji Gobil, Kampung Semariang Pinggir, Kampung Lintang, Kampung Sungai Bedil Besar, RPR Fasa 2 Jalan Astana, Kampung Gersik, Kampung Pinang Jawa dan Lorong Merdeka," katanya menerusi kenyataan media hari ini. 

Tambahnya, operasi dan tangkapan itu bgi tempoh 30 Januari hingga 5 Februari 2023.

 Dalam pada itu, Ahsmon berkata, menerusi operasi itu juga, pelbagai jenis dadah telah berjaya dirampas yang terdiri daripada syabu (6.80 gram).

Sementara, katanya, seramai 20 orang suspek mempunyai pelbagai rekod lampau kesalahan dadah. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, satu kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Manakala sebanyak empat kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 20 kes di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya. 

Justeru, beliau mengalu-alukan maklumat daripada orang awam untuk menyalurkan sebarang aktiviti berkaitan penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.