Angka kematian di Turkiye, Syria meningkat kepada 3,830

ANKARA - Angka kematian meningkat kepada 3,830 susulan gempa bumi yang menggegarkan Turkiye dan Syria semalam.

Sekurang-kurangnya 3,830 kematian telah disahkan selepas gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud menggegarkan Turkiye dan Syria awal pagi Isnin.

Jumlah kematian di Turkiye meningkat kepada 2,379, kata Naib Presiden Turki Fuat Oktay.

Di Syria, 711 kematian dilaporkan di kawasan yang dikawal kerajaan, menurut agensi berita SANA.

Agensi Pertahanan Awam Syria, yang dikenali sebagai 'White Helmets' melaporkan terdapat 740 kematian di kawasan yang dikawal oleh pembangkang.

Jumlah keseluruhan yang cedera meningkat kepada 3,531 di seluruh Syria dan 14,483 di Turkiye. Astro AWANI
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.