Lelaki hilang semasa periksa pukat ditemui mati lemas

Gambar PGO Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

MIRI: Lelaki yang hilang semasa menyelam pukat tersangkut di dalam parit sebuah ladang di Batu Niah ditemui mati lemas pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataan hari ini mengesahkan, mayat mangsa yang dikenali sebagai Robin Simpurai, 33, ditemui pasukan SAR terapung pada jarak 15 meter dari lokasi mangsa dipercayai tenggelam tengah hari semalam.

"Dengan penemuan mayat mangsa, pasukan SAR telah menamatkan operasi pencarian mangsa pada hari kedua ini pada jam 12 tengah hari tadi," ujarnya.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

Gambar PGO Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

Pada tengah hari semalam, mangsa bersama-sama seorang lagi rakannya memeriksa pukat di parit ladang kelapa sawit. 

Menyedari yang pukat tersangkut di dasar parit, mangsa bertindak menyelam pukat dan tidak lagi muncul ke permukaan.


Next Post Previous Post