Kerajaan Perpaduan Madani Anwar Ibrahim diharap segerakan RM60 juta naik taraf Lapangan Terbang Miri

MIRI-- Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Sri Lee Kim Shin menyambut baik usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia mengemukan cadangan menaik taraf Lapangan Terbang Miri baru-baru ini kepada Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan kos sebanyak RM60juta.

"Saya berharap Kerajaan Pusat kali ini memberikan keutamaan terhadap kerja-kerja menaik taraf Lapangan Terbang Miri pada kadar segera,"ujarnya ketika ditemui pada Isnin selepas mengadakan pemeriksaan ke simpang masuk kawasan perumahan Vista Perdana, Permyjaya yang baru sahaja siap.

Tambahnya, rancangan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Miri sudah lama dibuat sejak lebih dua dekad yang lalu.

"Sejak 2016, kita (Kerajaan Negeri) telah mengemukan banyak cadangan untuk menambah baik Lapangan Terbang ini(Miri), dengan kos RM285 juta ,namun, tidak pernah direalisasikan," katanya.

Beliau berharap ia (kerja menambah baik Lapangan Terbang Miri) dapat dilaksanakan oada tahun ini.

Katanya, peranan Lapangan Terbang Miri bakal menjadi bertambah penting apabila ibu pejabat syarikat minyak utama, Shell Malaysia Berhad berpindah dari Kuala Lumpur ke Miri pada penghujung tahun ini.

"Ini menjadikan Miri bukan sahaja tarikan pelancong asing, malah mereka yang bekerja di dalam industri minyak dan gas," jelasnya.
Next Post Previous Post