4 suspek curi kenderaan ditangkap dalam Op Lejang

KUCHING--Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching berjaya membuat empat tangkapan suspek lelaki tempatan dan merampas barang kes dalam Op Lejang yang diadakan sejak 11 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ashmon Bajah berkata, tangkapan pertama dibuat ke atas tiga lelaki di lokasi kejadian di mana suspek sedang melakukan pecah masuk ke sebuah kenderaan yang terletak di Jalan Datuk Bandar Mustapha.

"Turut dirampas dua buah kenderaan yang digunakan suspek untuk melakukan Jenayah dan 14 peralatan komponen kenderaan yang dicuri dianggarkan bernilai RM3,000.

"Semakan rekod jenayah mendapati kesemua suspek mempunyai 13 rekod jenayah kesalahan lampau yang melibatkan kesalahan jenayah dan dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,hasil saringan awal air kencing kesemua suspek didapati positif dadah.

"Kita juga telah mengesan dan membuat tangkapan ke atas seorang lelaki tempatan di sebuah bengkel motosikal di kawasan Jalan Batu Lintang.

"Suspek dipercayai cuba untuk menjual motosikal dicuri kepada bengkel tersebut.Turut dirampas sebuah motosikal yang dianggarkan berharga RM3,500," ujarnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan(pecah bengkel) dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan(curi motosikal).
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.