Dua pekerja ditemukan mati dalam geladak kapal

SIBU--Dua pekerja kapal ditemukan tidak sedarkan diri dalam ruangan di bawah kapal di Jalan Bukit Lan di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu mangsa dikenali Kiam Ngit, 36, lelaki warganegara Malaysia dan Dhananth Koviri, 23, lelaki warganegara India.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 10.30 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah ke lokasi kejadian.

"Pasukan penyelamat PPE bersertakan bertindak membuat size up dan memdapati dua mangsa lelaki tidak sedarkan diri berada di dalam ruangan bawah kapal.

"Pasukan penyelamat membawa mangsa ke pintu utama dan menggunakan khidmat jengkaut milik syarikat bagi mengeluarkan mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan telah meninggal dunia oleh pihak perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. 

Operasi tamat pada jam 1.18 tengah hari.
Next Post Previous Post