9 gerai makanan musnah terbakar

SIBU: 9 gerai makanan dan minuman di tapak gerai taman Muhibbah yang terletak di Jalan Tapang Timur 2 musnah terbakar pada tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata, sepasukan anggota dari BBP Sungai Merah bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 12.59 tengah hari.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan sembilan buah gerai berkenaan," ujarnya.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan teknik defensive dan melakukan fire break dengan tiga aliran air 100 kaki tiga nozel yang mana air diperoleh dari pili bomba.

Pasukan bomba katanya mengambil masa selama satu jam bagi memadam kebakaran yang mana api terkawal sepenuhnya pada jam 1.56 petang.

Bagi memastikan keadaan selamat pasukan bomba bertindak mengeluarkan semua tong gas yang berada dalam gerai bagi memastikan ianya tidak memburukkan lagi kebakaran yang berlaku.

Mujurlah kebakaran yang berlaku tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Gambar dan video BBP Sibu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.